Tips Memilih Pam susu (breastpump) yang baik

Pam susu adalah gadget penting bagi ibu yang menyusukan bayi, lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerjaya. Kebanyakan ibu-ibu yang hamil akan mencari breast pump atau pam susu sebagai persiapan untuk bersalin.

Selepas bersalin ibu-ibu akan mengalami BENGKAK SUSU yang kadangkala jika tidak dirawat dengan kadar segera boleh menyebabkan demam dan yang paling teruk boleh menyebabkan jangkitan pada saluran susu, Disebabkan itu penting untuk para ibu mengepam susu seawal berpantang lagi.

Semasa dalam pantang lagi baby kita hendaklah dikenalkan dengan botol susu. Tetapi jangan terlalu awal dikhuatiri baby akan lebih suka mengunakkan botol susu daripada direct feeding. Masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan botol susu kepada baby anda adalah seawal 3-4 minggu selepas melahirkan.

‘Banyaknya jenama pam susu sekarang, Keliru nak pilih yang mana. Kalau boleh memang nak yang murah saja, tapi takut tak bagus pula”.

 

Sudah pastinya ibu-ibu terutamanya yang pertama kali menjadi ibu pening dalam pemilihan breastpump yang terbaik.

Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk memilih pam susu yang sesuai dan berbaloi dengan bajet anda.

1) BAJET
Tetapkan bajet anda untuk membeli pam susu yang bersesuaian dengan anda.Harga pam susu bergantung kepada ciri-ciri yang ditawarkan, kualiti ketahanan, dan juga jenama pengeluarnya. Jadi, semak keperluan anda dan sesuaikannya dalam lingkungan bajet tersebut.

2) PAM MANUAL ATAU ELEKTRIK
Terdapat 2 jenis pam susu iaitu beroperasi secara manual ataupun menggunakan elektrik. Jika Anda memilih Pam Manual, ia memerlukan tenaga fizikal dan mental.  Pam Manual kebiasaannya lebih murah berbanding Elektrik. Manakala Breastpump elektrik pula, ia memudahkan anda untuk mengepam susu dan tidak memenatkan. Malahan ritma serta kekuatan hisapan dapat diselaraskan di kedua belah payudara, ini membantu penghasilan susu yang lebih lancar.

3) KESELESAAN
Keselesaan antara aspek terpenting untuk di ambil kira dalam pemilihan pam susu. Pilihlah pam susu yang menyediakan massage pad. Selain daripada lembut, ia juga membantu corong melekap dengan kemas pada payudara. Hal ini turut mempengaruhi kelancaran proses mengepam susu.

4) KETAHANAN BATERI
Pilihlah pam yang bersesuaian dengan kekerapan penggunaan pam itu kelak. Misalnya ibu bekerjaya sudah pasti akan menggunakan pam susu melebihi 3 atau 5 kali sehari, maka breastpump jenis medium duty atau heavy duty harus dipilih.

5) DAYA HISAPAN/SUCTION
Breastpump yang bagus adalah pam yang menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 25 hisapan dalam seminit. Pam yang berkesan dapat bantu ibu-ibu mengeluarkan susu dengan baik dan lancer.

6) SPARE PARTS
Samalah macam kita membeli kereta, walaupun kadang-kadang harganya murah, tetapi susah pula mencari alat gantinya. ibu perlu pilih pam yang mempunyai bahagian yang mudah ditanggal dan dipasang semula supaya anda dapat membersihkan pam tersebut. Pastikan pam yang di beli mempunyai alat ganti pam yang dijual dengan mudah sekiranya alat ganti sedia ada rosak.

7) BUNYI
Pam susu jenis elektrik biasanya akan mengeluarkan bunyi yang agak kuat berbanding pam manual. Bunyi ini tidak mendatangkan masalah jika ia digunakan di rumah. Namun, mungkin anda kurang selesa apabila perlu mengepam di tempat awam seperti di pejabat.

Seperkara lagi, jangan lupa mempertimbangkan faktor bahawa anda juga perlu menggunakannya di tengah malam ketika semua orang sedang tidur.

8) Saiz & Mobiliti
Bagi ibu bekerjaya atau kerap bekerja di luar kawasan, breastpump yang dipilih haruslah fleksible, ringan dan mudah di bawa kemana sahaja.

9) SINGLE PAM ATAU DOUBLE PAM
Anda harus tahu mengapa anda harus pilih single atau double pam. Bagi anda yang memang kerap mengepam susu dan juga perlu mengepam susu di tempat kerja, pam susu double-pump adalah pilihan yang ideal. Double-pump sangat menjimatkan masa kerana anda boleh mengepam susu kedua-dua belah payudara secara serentak.

10) SURVEY
Sebelum membuat keputusan untuk membeli mana-mana pam susu, anda boleh melakukan survey ringkas dengan bertanya kepada kenalan yang ada pengalaman menggunakan pam susu. Rajin-rajinlah juga surney harga dan promotion supaya anda dapat membeli dengan harga yang paling jimat.